- Memastikan tetapan sistem telah dibuat untuk
membolehkan pengurusan data pelajar lapor diri
senior
- Menetapkan dan membuat hebahan maklumat
lapor diri pelajar senior di laman web rasmi
Politeknik pada tarikh keputusan rasmi
Peperiksaan Akhir diumumkan oleh KUPep.
- Membuat persiapan untuk proses lapor diri
(Rujuk Lampiran 1).
- Melaksanakan proses lapor diri mengikut
prosedur berkaitan seperti dalam Buku Panduan
Pengambilan dan Pengurusan Pelajar Politeknik.
- Menyediakan dan menghantar data statistik
pengambilan pelajar politeknik ke BAPP dengan
melengkapkan data statistik Input, Enrolmen dan
Output (IEO).
- Mengeluarkan Surat Amaran Pelajar Tidak Lapor
Diri kepada pelajar yang tidak melapor diri
selepas tarikh rasmi Lapor Diri Politeknik. (Rujuk
Lampiran 2).
- Menyerahkan salinan Surat Amaran Pelajar
Tidak Lapor Diri kepada JHEPP untuk direkod ke
dalam Fail Peribadi Pelajar.
- Memberi kebenaran dan mengesahkan Surat
Tunjuk Sebab yang dikemukakan pelajar yang
tidak melapor diri selepas tarikh rasmi Lapor Diri
Politeknik.
- Menghantar Surat Tunjuk Sebab yang telah
disah dan disokong oleh KJ Akademik ke
JHEPP.
- Memberi pelepasan kepada pelajar untuk
melapor diri berdasarkan surat yang telah
disahkan oleh KJ Akademik.
- Melaksanakan tindakan 24 (seperti di atas) bagi
pelajar yang telah dilepaskan oleh KJHEPP
untuk melapor diri.