PMU-PE-PS-06 Pengurusan Risiko Page 3 of 5
Keluaran 01 Pin. 02
Prosedur ini menjelaskan tentang pengurusan risiko yang perlu dilaksanakan agar dapat
memastikan sistem penyampaian fungsi yang berkesan dan meningkatkan tahap keupayaan
organisasi. Matlamat prosedur ini adalah untuk mengenal pasti, mencegah dan meminimumkan
impak yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti Politeknik Mukah. Dalam masa yang sama,
memupuk budaya pengurusan risiko dan peluang dalam kalangan warga kerja dan melahirkan
‘Risk Thinkers’. Pengurusan risiko juga bermatlamat untuk memastikan amalan baik
pengurusan strategik dan kelancaran membuat keputusan serta penggunaan sumber yang
efisen dan terancang.
Prosedur ini digunapakai oleh semua jabatan dan unit dalam melaksanakan pengurusan risiko
dalam Sistem EOMS.
Manual EOMS : Rujuk Klausa Berkaitan
PMU-PE-PS-01 : Kajian Semula Pengurusan
PMU-PE-PS-05 : Pengendalian Maklumbalas Pelanggan
PMU-PE-PS-07 : Pengendalian Audit Dalaman
PMU-PE-PS-11 : Ketakakuran dan Tindakan Pembetulan
PMU-PE-PPP-04 : Proses Pembelajaran dan Pengajaran
Kesan terhadap ketidakpastian. Kemungkinan berlakunya perkara luar
jangka pada masa akan datang yang disebabkan faktor tertentu
(malapetaka, bahaya dll) yang boleh menyebabkan kerugian (loss) / kejutan
(surprise) / kegagalan fungsi.
Kesempatan yang baik untuk organisasi mengenal pasti peluang-peluang
dan mengambil peluang secara terancang.
Pengurusan
Risiko dan
Peluang
Menguruskan risiko dan peluang secara terancang untuk mengelakkan
kerugian, kebuntuan tindakan, kos luar jangka, kecelakaan/ kerugian teruk
akibat kesalahan mengambil tindakan.
Penyelaras
Pengurusan
Risiko (PPR)
Pegawai yang membantu Pegawai Pengurusan Kualiti bagi menyelaras,
merekod dan memantau status pengurusan risiko.
Langkah kerja yang meliputi pengenalpastian proses kerja/ bahaya,