PMU-PE-PS-08 Pengurusan Dan Perancangan Latihan Staf Page 5 of 10
Keluaran 01. Pin. 02
Prosedur ini menggariskan dan menerangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil Latihan Staf secara
efektif supaya perancangan latihan dilaksanakan selaras dengan Objektif Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam.
Prosedur ini digunapakai oleh pihak Politeknik Mukah untuk merancang, melaksana, dan menentukan
tatacara memberi latihan termasuk latihan dalaman, luaran, formal, tidak formal kepada semua staf yang
terlibat dalam proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan memastikan setiap staf yang
dikenalpasti mengikuti program peningkatan kemahiran yang diperlukan dan mematuhi ketetapan
berkursus berdasarkan arahan tahun semasa.
Manual EOMS: Rujuk Klausa Berkaitan
PMU-PE-PS-01 Kajian Semula Pengurusan
Surat Arahan Bilangan Hari Berkursus Tahun Semasa
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan ialah unit yang dipertanggungjawabkan
untuk mengendalikan urusan latihan staf
Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan ialah Pegawai yang dilantik oleh
Sektor Pengurusan Politeknik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengurus dan menyelaras
aktiviti di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
Penyelaras Latihan Staf Jabatan ialah pegawai yang dilantik oleh Ketua
Jabatan/ Ketua Unit untuk menguruskan aktiviti latihan staf di Jabatan masing-
masing serta membantu PLPL melaksanakan latihan staf
Maklumat pegawai yang berkaitan dengan latihan
Aktiviti pemindahan pengetahuan dan kemahiran sama ada dalam bentuk
latihan di dalam PMU dan latihan di luar PMU
Latihan yang dijalankan oleh ULPL dengan tenaga pengajarnya sama ada di
kalangan pegawai sendiri atau dari luar PMU
Latihan yang dijalankan oleh agensi luar sama ada kerajaan atau swasta
Penempatan pegawai di industri yang dibenarkan dalam jangkamasa tertentu
yang ditetapkan oleh Bahagian Kompetensi & Peningkatan Kerjaya, Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti