
1. TAJUK
Sistem Aduan Teknikal Dan Pembangunan Politeknik Mukah (e-SENGGARA).
2. LATAR BELAKANG/ TUJUAN
Selaras dengan slogan Politeknik Mukah (PMU) iaitu “IT Teras Entiti”,
Pengurusan Tertinggi terutamanya Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Unit Teknologi
Maklumat (UTM) dan Unit Pembangunan & Penyelenggaraan Fasiliti (UPPF) telah
mengambil inisiatif untuk membangunkan sistem e-Senggara bagi menambahbaik
modul dan fungsi sistem sedia ada supaya dapat memberi kemudahan dan persekitaran
kerja yang selesa kepada semua warga kerja Politeknik Mukah. Sistem e-Senggara
merupakan sebuah sistem yang berfungsi sebagai saluran utama yang digunakan untuk
membuat aduan kerosakan teknikal dan pembangunan di Politeknik Mukah.
Sistem e-Senggara mula dibangunkan pada 2022 bagi menggantikan dan
menambahbaik kelemahan yang ada pada sistem e-Aduan yang telah diguna pakai
semenjak tahun 2017 oleh semua staf Politeknik Mukah. Penambahbaikan yang di buat
adalah berdasarkan teguran oleh pihak auditor ISO 21001:2018 EOMS (Education
Organizations Management System) pada tahun 2022 serta cadangan pemurnian
modul dan fungsi daripada pihak pengurusan tertinggi Politeknik Mukah.
Bagi memperkuatkan lagi fungsi sistem e-Senggara ini, aduan kerosakan
peralatan teknikal di bawah seliaan Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia
(UiDM) turut dirangkumkan di dalam sistem ini. Unit Komunikasi & Korporat (UKK) yang
berperanan dalam memantau aduan turut disediakan akses sebagai pentadbir
pelaporan di dalam sistem ini.
Selain untuk menambahbaik sistem sedia ada, penggunaan nama e-Senggara
pada sistem baharu ini adalah bagi mengelak berlakunya kekeliruan pengguna terhadap
skop sistem ini. Ini kerana sepanjang tempoh menggunakan sistem e-Aduan, kerap kali
pengguna keliru akan skop sistem ini dan beranggapan bahawa sistem e-Aduan adalah
untuk membuat semua jenis aduan termasuklah aduan daripada pelajar dan pihak luar
Politeknik Mukah. Pemilihan nama e-Senggara adalah bertepatan dengan maksud
senggara yang memfokus kepada aktiviti penyelenggaraan atau baik pulih.
Sistem e-Senggara telah digunakan sepenuhnya oleh semua staf Politeknik
Mukah pada awal tahun 2023 setelah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan