Working Hours Monday - Friday 08:00-16:00
Toll Free 1800.899.900
Publication

Publication : Diges PMU Volume 9  

February 2022 
DIGES

DIGES PMU 2021 VOLUME 9  

DIGES PMU 2021 Special Issue, Vol.9, ISSN 2289-6376 February 2022 has officially published.

To view specific paper please scroll down the web page.

You may download the full digital copy of Diges PMU 2021 Volume 9 by clicking the link below.

Download Full Diges PMU Volume 9

Publication under Digest PMU Volume 9 

List of Articles

RESEARCH AREA : TRANSFORMING EDUCATION VIEW PAPER

Abstrak

Kursus Penghayatan etika dan peradaban merupakan kursus matapelajaran umum yang wajib diambil oleh pelajar Politeknik Malaysia. Kekurangan buku rujukan khusus menimbulkan masalah kepada pelajar Politeknik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengintegrasikan maklumat baru dengan maklumat sedia ada dengan melaksanakan projek menghasilkan flipbook. Kajian tindakan melibatkan pengumpulan dan penterjemahan data untuk memudahkan pemahaman seseorang tentang sesuatu fenomena atau permasalahan di tempat kerja. Dapatan kajian mendapati pelajar menggemari kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBL) kerana dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang topik yang dibincangkan. Kemahiran insaniah pelajar seperti kemahiran berkomunikasi juga dapat dipertingkatkan. Penyelidik mencadangkan agar pensyarah diberi latihan khusus tentang pelaksanaan yang terbaik bagi pembelajaran berasaskan projek. Selain itu, penyelidik juga mengharapkan agar pembelajaran berasaskan projek diaplikasi bersama dengan pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran berasaskan tugas.

Kata Kunci: - Pembelajaran berasaskan projek, flipbook, kemahiran insaniah

View Paper

Abstrak

Perubahan yang pesat serta membangun yang dikecapi oleh Negara Malaysia pada masa kini turut mempengaruhi sistem pendidikan di Negara Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia diolah bagi mengembangkan bakat setiap individu melalui pendidikan yang berkualiti dengan cara menyediakan insan yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Maka salah satu inisiatif yang diambil adalah melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dikatakan mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Kertas konsep ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengintegrasian Geogebra teknologi dalam pengajaran dalam penggunaan perisian Geogebra dalam pengajaran dan pembelajaran konsep asas pecahan.

Kata Kunci: - Geogebra, penggunaan perisian Geogebra, pembelajaran konsep asas pecahan

View Paper
RESEARCH AREA : EDUCATION STUDIES VIEW PAPER

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap kesediaan pelajar untuk melaksanakan amali berpandukan video serta mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan video amali dari aspek indikator video. Skop kajian terbatas kepada pelajar yang telah mendaftar kursus DBS10012 (Sains Kejuruteraan) di Politeknik Port Dickson. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana borang soal selidik diedarkan secara dalam talian dengan pensampelan seramai 257 orang pelajar. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Keputusan kajian rintis menunjukkan semua item mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan dalam kajian sebenar. Analisis kajian menggunakan perisian SPSS 26.0. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis min, frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pelajar untuk melakukan amali berpandukan video yang disediakan adalah berada pada tahap tinggi dengan skor min sebanyak 4.07. Begitu juga dengan persepsi pelajar terhadap penggunaan video amali yang dikaji dari aspek indikator video yang berada pada tahap tinggi dengan skor min sebanyak 4.06. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan video amali dalam melaksanakan amali Sains Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson dapat meningkatkan tahap kesediaan pelajar untuk menjalankan amali. Ini mungkin disebabkan oleh indikator video amali yang disediakan memberi impak dan kesan terhadap aspek kesediaan pelajar.

Kata Kunci: - Tahap kesediaan, video amali, indikator video, amali Sains

View Paper

Abstrak

Penilaian berterusan kursus bagi kesemua kursus diploma yang ditawarkan di Politeknik Malaysia dijalankan samada secara tugasan individu atau berkumpulan. Tugasan berkumpulan melibatkan penilaian seperti main peranan, perbincangan, projek, e-folio dan pembentangan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pandangan pelajar tentang tugasan berkumpulan yang perlu diselesaikan dalam bentuk norma baharu akibat berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PnPdt) disebabkan oleh ketetapan Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan berikutan pandemik COVID-19. Kajian juga dijalankan untuk mengenal pasti perspektif pelajar tentang kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan membina hubungan yang diperolehi semasa menjalankan penilaian berterusan kursus secara tugasan berkumpulan walaupun perbincangan dan pembahagian tugasan dilakukan secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang dianalisis secara deskriptif. Kajian mendapati penerimaan pelajar terhadap tugasan berkumpulan adalah baik dan perlu diteruskan dengan skor min 4.22 meskipun wujud kekangan seperti gangguan internet dan kurang kerjasama dari ahli kumpulan. 95.1% pelajar berinteraksi menggunakan aplikasi WhatsApp dan 91.2% pelajar menggunakan peranti telefon pintar dalam menyelesaikan tugasan. Bagi sub kemahiran kepimpinan, tanggungjawab menjalankan tugas mencatat peratusan yang tertinggi dengan 90.7% pelajar mengatakan mereka bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugasan yang telah diagihkan. Bagi sub kemahiran kerja berpasukan, 73% pelajar mengatakan kemahiran komitmen kerja mereka meningkat semasa melaksanakan penilaian berterusan kursus secara tugasan berkumpulan. Kesimpulannya, pelajar boleh menyesuaikan diri dalam melaksanakan penilaian berterusan kursus secara tugasan berkumpulan bagi pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Kata Kunci: - Penilaian berterusan kursus, tugasan berkumpulan, pengajaran dan pembelajaran dalam talian

View Paper
RESEARCH AREA : EDUCATION FOR COMMUNITY VIEW PAPER

Abstrak

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga sudah semestinya mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, sejahtera dan harmoni, dipenuhi dengan kasih sayang, kepertanggungjawaban antara pasangan, saling memahami satu sama lain serta dikelilingi cahaya mata sebagai pengukuh kebahagiaan. Namun, tidak semua rumah tangga ini berakhir dengan kemanisan. Kebelakangan ini, jumlah perceraian semakin meningkat saban tahun di Malaysia. Banyak peristiwa yang menyayat hati mengenai permasalahan rumah tangga, pengabaian tanggungjawab sama ada dikalangan suami atau isteri serta tekanan emosi dikalangan anggota keluarga yang berlaku telah dilaporkan di dada akhbar. Tambahan pula, isu Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memburukkan lagi hubungan di antara ahli keluarga. Justeru, kajian ilmiah ini bertujuan untuk menegaskan semula tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan pendidikan praperkahwinan yang perlu dipelajari dan difahami bagi pasangan yang ingin berkahwin agar permasalahan yang dihadapi dalam hidup berumah tangga dapat diatasi dan diselesaikan dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan tragedi yang lebih buruk lagi berlaku. Kajian ilmiah ini yang menggunakan metodologi kajian perpustakaan iaitu kajian secara penelitian, pengumpulan bahan-bahan rujukan seperti buku, artikel jurnal, majalah dan akhbar, serta membaca dan membuat kesimpulan yang terbaik. Dapatan kajian menunjukkan Pendidikan Islam, Pendidikan Akademik dan Pengetahuan Am perlu dipelajari sebelum melangsungkan perkahwinan kerana dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan sangat penting dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia yang diredhai oleh Allah SWT.


Kata Kunci: - Pendidikan praperkahwinan, pendidikan Islam, akademik, pengetahuan am

View Paper
RESEARCH AREA :SOCIAL SCIENCES VIEW PAPER

Abstrak

Permainan dalam talian merupakan permainan yang dimainkan melalui internet atau rangkaian komputer lain yang ada. Dunia teknologi menyaksikan majoriti remaja di dunia amnya dan di Malaysia khususnya masing-masing mempunyai gajet sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan kekerapan bermain permainan dalam talian dengan motivasi belajar pelajar. Skop kajian adalah terbatas kepada pelajar-pelajar kejuruteraan di Politeknik Port Dickson. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana borang soal selidik diedarkan secara dalam talian dengan pensampelan seramai 371 orang pelajar. Pensampelan bertujuan (purpose sampling) digunakan di mana responden hanya terdiri daripada pelajar-pelajar kejuruteraan yang bermain permainan dalam talian sahaja. Data kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS 26 iaitu menggunakan ujian deskriptif dan korelasi Rank Spearman. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa walaupun terdapat hubungan kekerapan bermain permainan dalam talian dengan motivasi belajar pelajar namun kekuatan hubungannya adalah pada tahap yang lemah dengan nilai koefisien kolerasi sebanyak 0.175**. Kesan bermain permainan dalam talian terhadap pelajar-pelajar kejuruteraan di Politeknik Port Dickson dari aspek sosial pula adalah pada tahap yang rendah iaitu dengan skor min sebanyak 1.89. Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka terlibat dengan permainan dalam talian namun mereka juga masih mampu menjaga hubungan sosial bersama keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Kata Kunci: - Motivasi belajar, aspek sosial, permainan dalam talian

View Paper

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran pensyarah Matematik Kejuruteraan di Politeknik Malaysia terhadap pengajaran dalam talian. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah berkait dengan penyediaan pengajaran sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran. Skop kajian terbatas kepada pensyarah yang mengajar Matematik Kejuruteraan di Politeknik Malaysia dengan mengambil kira cabaran pengajaran Matematik yang dihadapi dari kajian-kajian yang lepas. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana borang soal selidik diedarkan secara dalam talian dengan pensampelan seramai 209 orang. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 31 orang pensyarah bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Keputusan kajian rintis menunjukkan semua item mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan dalam kajian yang sebenar. Analisis kajian menggunakan program SPSS 26.0. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan pensyarah Matematik Kejuruteraan terhadap pengajaran dalam talian adalah berada pada tahap tinggi dengan skor min sebanyak 4.07. Namun begitu, tahap kemahiran pensyarah Matematik Kejuruteraan terhadap pengajaran dalam talian adalah berada pada tahap sederhana iaitu dengan skor min 3.65. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran penggunaan medium dan pengajaran dalam talian perlu diambil perhatian untuk masa akan datang.

Kata Kunci: - Pengetahuan, kemahiran, pengajaran dalam talian

View Paper

Abstract

Advisory and mentoring come in different styles and concepts. Hence it purposely enhance student-enabled learning. However different varying types of advisory would lead to different outcomes. Technical Vocational Education and Training (TVET) in Malaysia offers specific types of advisory and committee. The type of advisory given has become a conflict to either the academic advisor and TVET students. Academic advisors expects the students to be more independent and require less mentoring and advising. However students’ expectation require much more expectation on advising with less monitoring. Thus this study is aiming at crystallizing the actual perspectives of academic advisors among TVET students. This cross-sectional study aiming at determining how social support is related to the perceived academic achievement of TVET students. This study will examine emotional, appraisal, and instrumental support would benefit Malaysia TVET students. This quantitative study will utilize four sets of adapted items and would be distributed to all TVET institutions in Malaysia. The questionnaire will be conducted on 30 samples of a pilot test before could be administered to the samples using simple random sampling. The finding is expected to give quite an impact and infer to an academic advising committee in Malaysian education.

Keywords: - Social support, emotional support, appraisal support, instrumental support, perceived academic achievement

View Paper
RESEARCH AREA : PANDEMIC VIEW PAPER

Abstract

The unprecedented event of Covid-19 pandemic has caused great damage and loss of millions of lives throughout the world and be taken as current emerging crisis of the worldwide as it gives rise to negative consequences towards safety, health, environmental and economic aspects. Due to the lockdown in most countries, the pandemic of Covid-19 has also brought radical changes in the world of work as the employees are encouraged to Work-from-Home (WFH) if applicable in order to ensure business continuity. Since WFH is a new norm in Malaysia, its occupational health potential hazards and risks are still unclear and unknown among employers and employees in organizations. This paper is written to identify potential occupational health hazards and risks as well as to suggest and recommend appropriate interventions and counter measures to manage WFH potential health hazards and risks. Online research journals, online newsletters and documents are reviewed from various platforms (i.e. research gate and science direct), on WFH in Covid-19 pandemic and WFH’s occupational health hazards, risks and occupational interventions. The findings have stated ergonomics and psychological are two potential occupational health risk factors and risks in WFH. Employers are encouraged to implement WFH risk management intervention on ergonomics and psychological risks to ensure employees in Malaysia are protected from WFH health risks during the Covid-19 pandemic.

Keywords: - Covid-19, work from home (WFH), occupational health hazard and risks

View Paper
RESEARCH AREA : INFORMATION TECHNOLOGY VIEW PAPER

Abstract

Updating and filling in a logbook is part of what students taking Civil Engineering Project 1 and 2 modules must do weekly. The logbook usage carries twenty per cent of the total marks for each module. However, students encounter some problems with the current paper-based logbook. From the pilot study, students sometimes forgot to bring their logbook during a meeting. Since they always have to carry it during their research activities, their paper logbook on some pages are tearing and wearing, and sometimes they even lost it. With these problems and the world currently facing the COVID-19 pandemic, having a face-to-face meeting is not advisable, so converting a paper-based logbook to a digitalised version is appropriate. Therefore, this study aims to develop a mobile app version for eLogBook and assess the developed application's functionality and effectiveness. The first stage was to identify the content of the e-LogBook and the suitable platform(s) in developing mobile apps. The next phase was to assess the application by deploying a questionnaire survey to project supervisors and students currently taking the modules (June 2020 Session). Results indicated that most of the respondents are satisfied with the overall function and effectiveness of the e-LogBook apps developed. The average mean score for both categories is more than 4.00. Thus, the application eliminated the problems associated with the current use of paper-based logbook and appropriate to the current requirements due to the pandemic.

Keywords: - Civil engineering project, e-LogBook, functionality, mobile application development

View Paper
RESEARCH AREA : COMPUTER AND INFORMATION TECHNOLOGY VIEW PAPER

Abstract

PTSS Conference Management System (CMS) is a system that had been developed to cater and manage the registration, submission and reviews of conference paper being submitted to CIE-TVET Conferences. In order to have a high-quality system, a usability testing is needed to check on the effectiveness and interactivity of the elements in the system. This paper focuses on three types of elements which is the layout of the system, the navigation controls and the functionalities of the system. A questionnaire with 15 questions were given to 123 respondents whom had used the system. Based on the questionnaire, the majority of the results generated shows that this system provides a good structured interfaces which is easy for the user to use and the navigation of the system are also points to the correct intended pages. Lastly, the functionalities of the system also work perfectly based on the feedback being gathered from the respondents. In the future, different types of usability testing should be compared and analyzed in order to have better feedback from the respondents.

Keywords: - Usability testing, conference management system, effectiveness, questionnaire

View Paper
RESEARCH AREA : SCIENCE AND TECHNOLOGY VIEW PAPER

Abstract

This study aimed to assess the effects of learning using an interactive multimedia weblog courseware with the conventional method in the learning of hydrology engineering. A quasi-experimental study was conducted to evaluate the high-level cognitive skills achievement based on the Bloom and Anderson taxonomies. The study sample comprised 105 students who were taking the hydrology engineering course. The ANOVA analysis showed a significant difference in the high-level cognitive skills achievement which were high-level short-term memory and high-level long-term memory. The conclusion was that the study findings indicated that the interactive multimedia weblog courseware was more effective as an alternative learning method compared to the conventional method; in fact its usage could support an abstract and complex learning approach which could contribute positively towards learning achievement in hydrology which had been viewed as a difficult to score course.

Keywords: - Weblog, interactive, multimedia, hydrology engineering, cognitive

View Paper
RESEARCH AREA : GREEN TECHNOLOGY VIEW PAPER

Abstrak

Kajian ini menghasilkan komposit blok hiasan daripada bahan sisa pepejal yang dikitar semula. Ia dijalankan bagi mengurangkan kos pembinaan di samping dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Produk yang dihasilkan menggunakan campuran sisa bata, getah, plastik dan kaca. Nisbah campuran bahan yang digunakan adalah 1:3, 1:5 dan 1:7. Ujian kadar resapan air dijalankan ke atas sampel yang dihasilkan. Blok hiasan yang menggunakan sisa kaca dengan nisbah campuran 1:3 dan 1:5, mempunyai peratus kadar resapan air yang paling rendah iaitu masing-masing bernilai 0.24% dan 2%. Bagi nisbah campuranyang menggunakan paling banyak sisa buangan sebagai bahan pengisi iaitu 1:7, kadar resapan air untuk getah adalah paling rendah secara relatif iaitu hanya 2.37% sahaja berbanding bahan pengisi yang lain. Ujian kadar resapan air ini berpandukan kepada piawaian (MS 7.6: 1972 / British Standard BS 3921: 1985). Sisa getah merupakan bahan yang paling sesuai digunakan untuk menghasilkan blok hiasan berbanding sisa buangan yang lain di dalam kajian ini melalui penggunaannya yang optimum. Ini adalah disebabkan oleh rupa produk yang dihasilkan adalah menarik dan sesuai digunakan di tempat yang mempunyai kadar lembapan yang tinggi. Bagi kajian seterusnya, nisbah bahan yang digunakan perlu diubah, agar penggunaan bahan buangan lebih banyak dapat dicampurkan, berbanding dengan epoksi, bagi memastikan penggunaan bahan buangan sebagai pengisi dapat diguna pakai secara.

Kata Kunci: - Blok hiasan, alam sekitar, sisa pepejal, kitar semula

View Paper

Abstrak

Sistem perkongsian basikal semakin popular dikebanyakan negara maju seluruh dunia termasuklah Perancis, London, Jerman, China, Belgium, Mexico dan Brazil. Sistem ini ternyata memberi manfaat yang besar kepada masyarakat kerana pengguna tidak perlu memiliki basikal sendiri. Sebaliknya, hanya perlu menyewa di lokasi strategik terpilih ketika memerlukan. Sistem perkongsian basikal diperkenalkan sejak tahun 1960-an dan semakin meningkat saban tahun di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Di Malaysia, terdapat banyak pembekal yang menyediakan sistem penyewaan basikal untuk kegunaan masyarakat termasuklah Obike dan Mobike. Di Bandaraya Ipoh, sistem sewaan basikal yang digunakan ialah CycleDios. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor penghalang yang mempengaruhi responden untuk menggunakan sistem perkongsian basikal. Sepuluh faktor telah dikenalpasti bagi menentukan faktor paling dominan yang menghalang pengguna untuk beralih kepada sistem perkongsian basikal. Seramai 178 responden secara pensampelan rawak telah memberi maklumbalas daripada 200 borang yang diedarkan. Kaedah analisis data yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah secara Indeks Purata (Average Index). Berdasarkan turutan, indeks purata tertinggi yang dicatatkan dengan nilai >4.00 ialah keadaan cuaca (panas dan hujan) mengurangkan minat untuk berbasikal dengan purata mata 4.71. Indeks ini diikuti dengan jarak perjalanan dari rumah ke bandar yang terlalu jauh untuk berbasikal dengan purata mata 4.57. Manakala nilai ketiga tertinggi ialah mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke destinasi apabila berbasikal iaitu purata mata 4.43. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa elemen memperbanyak bilangan dan lokasi sewaan basikal perlu ditambah. Kehijauan bandar dengan penambahan bilangan pokok perlu ditingkatkan supaya ekosistem bandar kembali redup dan sejuk yang dapat menarik pengguna untuk berbasikal.

Kata Kunci: - Pengangkutan aktif, perkongsian basikal, basikal sewa

View Paper
RESEARCH AREA : ELECTRICAL AND ELECTRONIC ENGINEERING VIEW PAPER

Abstract

Innovation in education is always seeking knowledge that will support new and unique ideas in instructional techniques that will teach the students in more effective and exciting ways. The best way to learn Programmable Logic Controller (PLC) is to get hands-on experience. A low cost PLC trainer known as ProPLC has been designed, built and used for introducing PLC for students at Polytechnic Kota Bharu. Other than introducing student to industry standard component, the trainer also will interpret industrial wiring diagram. As a result, students are better prepared for industrial design regarding PLC controlled manufacturing equipment.

Keywords: - Programmable logic controller, ProPLC

View Paper

© Copyright 2021 - Technology & Innovation International Conference - Politeknik Mukah Sarawak

Call for Paper

TECHON 2021 invites all the leading academics, researchers, practitioners, and postgraduate students to join the conference for oral and poster presentation. The conference will also invites potential Keynote Speakers to contribute their expertise in their respective fields. If you are interested, please email us the session title, name and full contact details. All papers in invited sessions will be subject to review and assessment by the conference committee.

Join Us

Open For Submission

For more Information

Where & When?

September 14th & 15th
Virtual Conference
+6084-874001
techon2021@gmail.com